Makluman Ijtima' Pelajar Islam Malaysia
>> Tuesday, December 1, 2009
"Klik Di Sini
Untuk Maklumat lanjut
"Klik Di Sini
Untuk Maklumat lanjut
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum,
wahhh... pelik tapi benar, pelik bin ajaib bangunan yang di e-mail oleh kawan saya nih... hebat bin terkazot nengoknya... cam ner lah dia org dpt idea cam nih... tp, saya rasa, ia cuma sebagai strategi pemasaran tmpt2 yg menarik bg depa... utk menarik pelancong... kan?kan?
sbb saya kata gitu, di tmpt saya ada gak bangunan yg pelik bin ajaib,.. tak prnah pun digempur2kan... anda caya tak?... mungkin gak ada di tmpt anda sndri kan? bangunan yg lebih pelik bin ajaib dr nih?... bayangkan, rumah yg cuma ada atap/bumbung, tp, x ada dinding... atau, lebih pelik bin ajaib lagi, ada rumah yg tiada atap/bumbung dan tiada dinding... tiang je yg terpacak... lagi pelik kan?
jgn lak ada yg kata tiada org punya... ada!!... ada yg dah bayar ansuran kat bank dah tu... bunga ada bayar, pokok ada bayar... umah tiada dinding, tiada atap... lg pelik bin ajaib kan?... eh cam pemberita lak saya... adessss.. terlebih suda.... hehehee...
saja je... just nak share2kan pic je.... jangan mareee.....
Salam.....
Oleh : Muhamad Al Hafiz
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Salman Radhiallahu 'anhu, katanya:
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Sya'ban.
Beliau bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat).
Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."
Para Sahabat berkata:
"Ya Rasulullah, tidaklah kami semua memiliki makanan berbuka puasa itu untuk orang yang berpuasa?!".
Maka bersabda Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam: "Allah memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu. Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya merdeka dari api neraka. Barangsiapa meringankan beban daripada hamba sahaya (pembantu-pembantu rumah), nescaya Allah akan mengampuni dosanya dan memerdekakannya daripada api neraka. Oleh itu perbanyakkanlah empat perkara di dalam bulan Ramadhan. Dua perkara untuk menyenangkan Tuhanmu dan dua perkara lagi untuk kamu sangat menghajatinya. Dua perkara yang kamu lakukan untuk menyenangkan Allah ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan memohon keampunan kepadaNya. Dua perkara lagi yang kamu sangat memerlukannya ialah memohon syurga dan berlindung daripada neraka. Barangsiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam itu dengan suatu minuman yang dia tiada merasakan dahaga lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga"
(At-Targhib, jld.II, 217-218)
Untuk makluman, pada 25/08 - 27/08/2009 akan diadakan Seminar Pemantapan STAM di lokasi yang tidak asing lagi iaitu Pendang Lake Resort.Seminar yang akan berlangsung ini akan mengabungkan 3 buah sekolah iaitu Maktab Mahmud Pokok Sena, Sekolah Makarimul Akhlak dan Sekolah Agama Islah Pendang.
DI sini saya sertakan tentatif seminar@program
HARI | MASA | AKTIVITI |
SELASA (Hari Pertama) 25/08/2009 | 04.00 petang 05.00 petang 06.00 petang 07.30 malam 08.40 malam 09.30 malam 11.00 malam | Pendaftaran Taklimat Urusetia/Agihan Kumpulan Perasmian Makan/Solat Maghrib Solat Isyak/Tarawih Pengukuhan Sukatan Jamuan Ringan/Rehat |
RABU (Hari Kedua) 26/08/2009 | 04.30 pagi 05.00 pagi 06.00 pagi 07.00pagi 07.30 pagi 08.00 pagi 12.30 t.hari 02.00 petang 05.00 petang 05.30 petang 07.30 malam 08.40 malam 09.30 malam 11.00 malam | Bangun tidur/Khidmat Diri Sahur/Rehat Solat/Kuliah Subuh Riadhah Kendiri LDK Rehat/Solat Zohor LDK Solat Asar Aktiviti Bebas Makan/Solat Maghrib Solat Isyak/ Tarawih LDK Jamuan Ringan/Rehat |
KHAMIS (Hari Ketiga) 27/08/2009 | 04.30 pagi 05.00 pagi 06.00 pagi 07.00pagi 08.00 pagi 08.30 pagi 09.00 pagi 09.30 pagi 10.00 pagi 10.30 pagi 11.00 pagi 11.30 pagi 12.00 t.hari 12.30 T.Hari 01.00 petang | Bangun tidur/Qiamullail Sahur/Rehat Solat/Kuliah Subuh Riadhah/Kendiri Pembentangan al-Quran Pembentangan Fiqh Pembentangan Tafsir Pembentangan Hadis Pembentangan Tauhid & Mantiq Pembentangan Insyak Pembentangan Nahu Sorf Pembentangan Adab & Nusus Pembentangan Balaghah Pembentangan Arudh Rumusan/Penutup/ Solat Zohor Bersurai |
Sila bawa keperluan berikut :
p/s : Semoga sahabat2 dapat mengambil banyak manfaat dari seminar tersebut… (hazzuan.blogspot.com)
Esok 1 Ramadhan 1930H. Moga-moga kita sempat untuk menikmati bulan penuh keberkatan itu.. Tempoh 24 jam itu.. macam-macam boleh terjadi..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Ketika Ramadhan tiba, semua gerbang syurga terbuka."
(Riwayat Shahih Bukhari)
Gerbang syurga dibuka?? Wahh.. seronoknya..
Tapi.....,
tidak semudah itu untuk masuk syurga, kerana syurga itu mahal harganya.. setimpal dengan keindahan dan kemewahan yang ditawarkan ALLAH kepada kita.. Oleh itu,sudahkah kita bersedia untuk menghadapi Ramadhan?
Apa persiapan yang telah dibuat? Kurma dah beli? Makanan sahur dah ada? Haish... Takkan itu sahaja??
Fikir lagi..Ada lagi yang tertinggal tu..
Apa yang tertinggal eh??
Hhhmmm.. Antara yang ana boleh pesan ialah..
(1) Dah latih perut untuk berlapar dan dahaga? Bukan apa, bimbang kalau-kalau perut terkejut dan terkejang sehingga gastrik datang menyerang pula nanti..
(2) Dah latih bangun solat malam? Bukan apa, bimbang kalau-kalau sahabat-sahabat menyesal pula nanti kalau tak dapat bangun di malam Lailatul Qadar nanti.. Sepertimana yang telah terakam dalam kitabul Quran, Surah Al-Qadr..
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apa dia kebesaran malam al-Qadar itu? Iaitu malam yang padanya lebih baik dari seribu bulan. Turun para malaikat dan Jibril pada malam itu dengan izin tuhan mereka kerana segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun beikut). Sejahteralah malam itu hingga terbitnya fajar.
(Al-Qadr : 1-5)
(3) Lagi satu, jangan liat bangun sahur ye sahabat-sahabat sekalian... Sebab dalam sahur itu ada keberkatan. Shur itulah yang membezakan puasa orang Islam dan orang lain..
Hari ini 30 Syaaban 1930H.
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda: "Bersahurlah! Sesungguhnya terdapat padanya keberkatan."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abi Sa'id Al-Khudri katanya: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sahur itu berkat, maka janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan meneguk seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang yang makan sahur."
(HR. Ahmad)
Lagipun, belum tentu lagi, Ramadhan akan datang akan kita ketemu lagi.. Jadi, jomlah kita manfaatkan sepenuhnya madrasah Ramadhan ini. Semoga berakhirnya Ramadhan ini nanti, akan melahirkan kita yang baru, yang lebih hebat akidahnya, tauhidnya dan ibadatnya. Insyallah... Jom, sama-sama kita berusaha ke arah itu..(^^,)
Jangan lupa juga untuk bersolat terawih dibulan ini, sebab bulan lain tiada solat terawih..Dalam setahun, hanya 30 hari sahaja amalan terawih ditawarkan.. Jadi, jomlah kita ramai-ramai berebut melakukannya...(^^,)
Akhir kalam...
SALAM RAMADHAN...
p/s: rindunya pada Ramadhan...
© Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP