MUTIARA KATA HARI INI-->

Salam Imtihan....

>> Wednesday, July 29, 2009




Kepada sahabat-sahabat, saya ucapkan semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang untuk Peperiksaan percubaan STAM.. Admin juga doakan “Najjah Bahiran” buat adik2 yang akan menduduki peperiksaan Percubaan SPM pada 1.9.2009..Apa-apa pun ana doakan kejayaan anda semua.Jangan lupak doakan untuk ana sama tau..

Read more...

Ditikam mati di mahkamah kerana bertudung






ADALAH malang bagi umat Islam pasti sahaja akan keluar pelbagai telahan negatif tentang mereka ini terutama dari penduduk di Barat dan semua ini berlaku hanya disebabkan pengaruh gejala Islamofobia yang diuar-uarkan oleh Barat. Mereka ini telah dicap kebanyakan penduduk Barat sebagai ekstremis atau jumud semata-mata kerana tidak mengikut rentak mereka dalam berpakaian.

Maka tidak menghairankan kenapa orang di Barat sering saja membuat persepsi negatif yang adakalanya di luar batasan kemanusiaan.

Oleh itu peristiwa yang berlaku terhadap Marwa Ali El-Sherbini, seorang wanita yang berasal dari Mesir dan kemudian berhijrah ke Jerman merupakan satu peristiwa yang menyayat hati namun pada masa yang sama membuktikan isi hati sebenar penduduk Barat terhadap orang Islam walaupun tidak semua hanya kerana terlalu dipengaruhi Islamofobia.

Siapa sebenarnya Marwa Ali El-Sherbini yang tiba-tiba menjadi ikon orang Islam yang tertindas di Barat. Beliau hanyalah orang biasa yang cuba menyara hidup dengan menumpang di sebuah negara asing untuk kemajuan diri dan keluarga.

Marwa yang dilahirkan pada 1977 di Mesir telah berpindah ke Jerman pada 2005. Pada 2008 beliau dan keluarga berpindah ke Dresden setelah suaminya Elwi Ali-Okaz mendapat kerja sebagai pengkaji di Institut Max Planck dan Marwa pada masa yang sama bekerja di Hospital Universiti Dresden. Namun pengakhiran hidupnya yang sangat menyayat hati telah membuka banyak mata tentang bahaya gejala Islamofobia di kalangan masyarakat Barat.

Peristiwa pembunuhan yang dilakukan terhadapnya di dalam mahkamah ketika memberi keterangan terhadap seorang lelaki yang bertindak memaki hamun dirinya kerana beliau adalah seorang beragama Islam dan bertudung merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima akal setiap manusia yang siuman.

Segalanya bermula pada bulan Ogos 2008 apabila lelaki berkenaan Alex W. seorang warga Jerman tetapi dilahirkan di Perm Russia menjerit ke arah Marwa di sebuah padang permainan kanak-kanak di Dresden kerana bertelagah berebut menggunakan buaian untuk anak buahnya dengan anak lelaki Marwa.

Wanita berusia 32 tahun itu telah digelar sebagai pengganas Islam dan pelacur hanya kerana beliau memakai tudung. Kejadian tersebut berlaku untuk beberapa ketika walaupun terdapat antara pengunjung taman permainan cuba menghalang lelaki berkenaan. Dia hanya berhenti setelah polis datang tidak berapa lama kemudian.

Alex kemudiannya telah dituduh melakukan fitnah terhadap Marwa dan didapati bersalah oleh mahkamah serta didenda sebanyak 780 Euro. Semasa perbicaraan berlangsung Alex merayu hukuman dikurangkan kerana mendakwa manusia seperti Marwa bukanlah seorang manusia sebenar oleh itu dia tidak boleh dihina.

Akibat dari dakwaan secara terbuka ini, peguam bela telah merayu bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap Alex. Oleh itu pendengaran rayuan kes ini diadakan di sebuah mahkamah di Dresden pada 1 Julai lalu.

Ketika kejadian tersebut lapan orang berada dalam mahkamah termasuklah tiga hakim, seorang pendakwaraya, Alex dan peguamnya serta Marwa, suaminya Elwi Ali Okaz dan anak lelakinya yang berusia tiga tahun. Malangnya tiada sebarang pegawai keselamatan berada di situ dan tidak ada sebarang rutin pemeriksaan untuk memastikan tiada sebarang senjata merbahaya di bawa masuk ke dalam mahkamah.

Sebaik sahaja Marwa selesai memberikan keterangannya, Alex, bertindak meluru ke arah beliau sebelum menikamnya sebanyak 18 kali sambil menjerit "anda tidak layak untuk hidup". Suami beliau, Elwi yang cuba mempertahankan Marwa turut ditikam.

Melihat kejadian ini, mereka di dalam mahkamah bertindak memanggil seorang anggota polis yang sedang memberi keterangan di mahkamah berhampiran namun malangnya suami Marwa ditembak di kaki kerana anggota polis itu menyangka Elwi sebagai penyerang.

Elwi cedera parah akibat peristiwa ini dan berada dalam koma selama dua hari namun malangnya Marwa yang cedera parah mati ditempat kejadian. Lebih menyayatkan hati kematian Marwa ini turut membunuh anak yang dikandungnya berusia tiga bulan.

Alex telah ditangkap di tempat kejadian dan kini sedang ditahan reman untuk siasatan atas tuduhan membunuh Marwa dan cubaan bunuh terhadap Elwi. Namun lelaki kejam ini dilaporkan masih belum memberi sebarang pengakuan kepada pihak penyiasat dan perbicaraan dijangka akan berlangsung selewat-lewatnya pada hujung 2009 atau awal tahun 2010.

Peristiwa ini pada awalnya tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak media di Jerman dan ia hanya dilaporkan di halaman belakang akhbar-akhbar di sana.

Hanya setelah tunjuk perasaan panas yang dicetuskan oleh ribuan rakyat Mesir yang menetap di Jerman kerana menentang Islamofobia barulah kerajaan Jerman yang sebelum ini hanya mendiamkan diri menyatakan kesedihan dan kekesalan tentang pembunuhan Marwa.

Sesungguhnya peristiwa pembunuhan Marwa ini berpunca dari peningkatan kebimbangan Islamofobia yang semakin ketara terutama di negara Barat. Malah media-media utama di Mesir menyatakan kematian Marwa ini sebagai "mati syahid seorang pejuang berhijab".

Sememangnya gejala Islamofobia ini telah diwujudkan bagi meningkatkan semangat kebencian terhadap orang Islam dari mereka yang bukan beragama Islam. Cubaan menggambarkan orang Islam sebagai pengganas yang bertanggung jawab terhadap pelbagai kejadian dan kemusnahan di seluruh dunia merupakan satu tuduhan yang sangat dangkal dan berniat jahat.

Oleh itu usaha untuk membersihkan tuduhan yang dilemparkan terhadap umat Islam ini perlu dilakukan segera. Namun ini tidaklah bermaksud darah perlu dibayar dengan darah kerana ia akan hanya memburukkan lagi keadaan.

Jika tidak adalah tidak menghairankan peristiwa pembunuhan seperti Marwa ini akan berulang malah mungkin lebih teruk lagi pada masa depan.

komen- inilah realiti kita pada zaman ini. Kita hidup di Akhir Zaman. Ustaz Zainul Asri pun terut menekankan perkara ini. Perhah suatu hari Nabi bersabda "suatu masa nanti umat Islam akan dikerumuni oleh orang kafir ibarat orang yang sedang mengkeremuni makan mereka". Sahabat bertanya "adakah kerana orang Islam sedikit, ya RasulAllah?, baginda menjawab "tidak , bahkan kamu seperti buih-buih semasa banjir"

Bagi yang ingin ISTIQOMAH dalam berpegang dengan Islam, Pasti diuji dengan sedasyatnya, contohnya macam yang ditunjuk tadi , mati kerana memakai tudung.
Semoga Allah menetapkan hati kita.dan memperkuatkan IMAN kita. Amin..


sumber : http://khalifah1412h.blogspot.com/2009/07/ditikam-mati-di-mahkamah-kerana.html

Read more...

Madah Indah

MADAH



" Orang yang hatinya bercahaya
akan terpancarlah hikmah dilidahnya
dan hikmah ini akan jatuh ke hati orang lain "


" Bila nafsu sudah jahat matanya celik terbuka luas mata hatinya tertutup rapat tidak melihat,diwaktu itu
akalnya akan berfikir tanpa panduan
akhirnya tersesat "

" Ramai yang sanggup berjuang terhadap musuh lahirnya
tetapi ramai yang tidak sanggup berjuang
terhadap musuh batinnya "

" Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu
dia berkenal sebelum bertemu
bila bertemu terus berkenal "

" Dua hati yang tidak mengingati Allah itu
tidak akan berkenal sebelum bertemu
bila bertemu dia hanya berjumpa
bukan bertemu "

" Bila orang tak sanggup berjuang terhadap hawa nafsu,
tetapi gigih berjuang terhadap musuh lahirnya,
menunjukkan ada tujuan dunia yang tersembunyi "

" Orang yang kalah berjuang terhadap musuh lahirnya,
terhina di dunia tetapi orang yang kalah berjuang
terhadap musuh batinnya terhina di neraka "

" Orang yang hatinya halus
kerana bersihnya dari dosa
dapat belajar dengan alam "

" Ingatan hati pada Allah dan rintihan padanya
itulah ibadah tanpa tenaga tanpa ketara "

" Berfikirlah, berkemajuanlah, dan membangunlah,
sejauh mana yang termungkin
asalkan ditunjangi oleh iman,
ia tidak akan sesat "

" Bila manusia tidak beriman
hatinya akan keras
nafsunya sangat mendorong membuat jahat
dan akalnya tidak memikir ke arah akhirat "

" Orang yang jiwanya halus itu
apa yang dilihat mengusik perasaannya,
orang yang berjiwa kasar
benda yang dilihat macam tidak dilihatnya "

" Pandangan hati yang bersih itu
lebih tajam dari pandangan mata lahir "

" Letakkanlah dunia itu di tangan,
akhirat di hati,
Supaya dunia itu senang dibagi-bagi dan
akhirat dibawa mati "

" Berfikirlah supaya terasa kebesaran Tuhan,
Jangan pula sampai fikiran menjadi Tuhan "

" Batu yang keras itu
air yang lembut dapat melembutkannya,
tapi hati yang keras itu
tiada sebarang benda dapat melembutkan,
sebab itu gunung lebih senang diubah dari merubah hati "

" Sebenarnya punca segala masalah ialah manusia sudah tidak takutkan TUHAN.Bila hal ini terjadi, masalah yang remeh sudah dianggap masalah besar kerana manusia sudah tidak tahu mana satu masalah penting yang perlu diselesaikan."

"Jika manusia takutkan Tuhan, masalah yang besar sudah kelihatan kecil, kerana masalah utama yang sering diabaikan ialah:, Manusia sudah tidak takutkan TUHAN."

Read more...

Dunia Semakin Moden & Canggih

>> Wednesday, July 15, 2009

Jentera Moden
Memudahkan tugas para petani..
Best juga naik benda alah ni...

Tak payah dah nak penat-penat menyulam

Menyulam pakai mesin saja...


Bilik yang selesa..

Ada bilik untuk family lagi...

Macam dalam titanic pula...

Inilah HotelKopter..duduk dalam hotel sambil memusing dunia..

Masa mendarat..nampak macam best..tapi kalau JATUH..habislah...

Read more...

Tips Pemimpin Hebat



1. Miliki visi yang berpandangan jauh. Ia merangkumi visi untuk diri sendiri, pasukan, dan organisasi anda. ‘Pakejkan’ visi ini dan berkongsilah dengan yang lain. Berikan penekanan terhadap visi pada setiap peluang yang anda perolehi. Adakah ia selari atau sebaliknya?

2. Sanggup ambil risiko. Berani mencuba idea-idea baru yang berpotensi. Risiko ada di mana-mana, yang membezakannya samada besar atau kecil. Menyahut cabaran bermakna anda bersedia untuk mengambil risiko. Mereka yang gagal untuk menyahut cabaran biasanya tidak akan melakukan perubahan dan tidak dipandang orang.

3. Berikan dorongan kepada orang lain untuk berkreatif dan berinovatif. Itulah kunci perubahan jika anda ingin mara lebih jauh ke hadapan. Relakan diri anda untuk ‘dipengaruhi’ oleh idea-idea baru. Orang yang tidak bersedia menerima idea baru bukanlah orang yang baik untuk menjadi pemimpin.

4. Jangan takut membuat kesilapan. Belajarlah daripada kesilapan dari semasa ke semasa. Elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama. Jangan menyorokkan kesilapan anda dengan menipu mereka. Lambat laun ia akan terbongkar jua.

5. Libatkan semua orang. Jangan beraksi seorang diri. Ia bukan sahaja akan memenatkan anda, bahkan orang lain akan berasa diabaikan. Mereka rasa tidak dihargai kewujudannya. Walau apa jua jawatan dan kedudukan, mereka semua mempunyai potensi untuk memberikan idea dan pendapat yang kreatif.

6. Jadilah seorang yang fleksibel dan adaptif. Anda perlu ada kemahiran untuk mempelajari sesuatu dengan pantas dan mengubahsuainya mengikut keperluan semasa. Bekerja samalah dengan orang lain yang boleh membantu. Tiada gunanya meninggi diri dan ego tidak bertempat.

7. Lebih baik jika anda serba boleh. Pemimpin yang boleh mencangkupi pelbagai urusan akan lebih dihormati dan disegani. Kerana apa? Kerana anda dikira memahami kerja sebenar yang dihadapi oleh mereka. Dengan itu, keputusan dan arahan anda akan lebih disenangi dan diterima oleh mereka.

8. Berilah latihan dan peningkatan diri. Luangkan banyak masa untuk membuat kerja ini kerana ia seperti satu ‘pelaburan’ jangka panjang. Anda boleh melatih mereka dengan cara seminar, bengkel, taklimat, pengalaman bersama, serta mengajaknya melakukan sesuatu yang baru.

9. Galakkan kerja berpasukan. Jangan mengongkong dan menghalang mereka kerja bersama. Berikanlah autonomi dan autoriti jika mereka memerlukan sedemikian (dan jika keadaan mengizinkan) . Dengan itu, mereka akan diperkasakan serta akan menjadi lebih berdikari.

10. Ganjarilah mereka yang telah melakukannya dengan baik. Ada banyak jenis ganjaran termasuk pujian, sanjungan, bonus, kenaikan pangkat, anugerah, tambah gaji, dan banyak lagi. Apa yang penting; gunakan kuasa GANJARAN!

p/s: Artikel ini bukan untuk tatapan bacaan yang bersifat teorikal sahaja tetapi besarlah harapan pada yang membacanya termasuk penulis untuk diamalkan secara praktikalnya dalam penyusunan gerak kerja seharian kita..Firman Allah dalam surah As-Saff ayat ke 2 dan 3 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. " Mohonlah kepadaNYA agar kita dimasukkan dalam golongan yang difirmankan dalam ayat seterusnya "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Read more...

SEJARAH PENUBUHAN PERTINAM MMPS

Persatuan Tingkatan Enam atau lebih dikenali dengan singkatannya “PERTINAM” telah ditubuhkan pada 25 Mac 2009 dengan rasminya .Majlis penubuhan tersebut diadakan di bangunan “C” yang dihadiri sebanyak 130 orang pelajar lelaki dan perempuan tingkatan enam.Majlis tersebut dimulakan dengan pemilihan ajk tertinggi untuk organisasi PERTINAM,bermula dengan perlantikan Ahli Jawatankuasa Tertinggi iaitu :

Pengerusi : Mohd Amin B. Suhaimin

T.Pengerusi : Adilah Bt. Kamal Azizi

Setiausaha : Farees Fahmi B. Badrul Hisham

T.Setiausaha : Arni Syafira Bt. Shoib

Bendahari : Mohd Zulfahmi Zam zam B. Md. Ishak

T.Bendahari : Nurul Hazimah Bt. Ibrahim

Ajk Penerbitan : 1) Mohd Syahir B. Mohd Rosdi

2) Siti Nur Hanisah Bt. Razak

Ajk Perhubungan : 1) Akrimah B. Dzahir

2) Nur Hanisah Bt. Hussain

Ajk Kebajikan : 1)Faiz B. Fadzil

2) Naqibah Bt. Solahuddin


Majlis perlantikan tersebut diadakn pada pukul 12.50 tengah hari.Matlamat utama penubuhan PERTINAM adalah untuk membentuk sifat kepimpinan dalam jiwa pra-u serta membentuk senioriti yang positif dalam individu (semua ahli) Persatuan Tingkatan Enam.Ustaz Abdullah B. Hj Talib serta Ustazah Aminah Bt. Abdul Wahab merupakan dua insan yang menjadi tunggak utama yang menyelaraskan atau memantau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PERTINAM.Tanggal 12 Mei 2009,organisasi Ahli Jawatankuasa berubah ekoran ada di antara ajk menyambung pelajaran ke universiti dan kolej . Perubahannya adalah seperti berikut :


Pengerusi : Mohd Amin B. Suhaimin

T.Pengerusi : Nur Hanisah Bt. Hussain

Setiausaha : Farees Fahmi B. Badrul Hisham

T.Setiausaha : Arni Syafira Bt. Shoib

Bendahari : Mohd Zulfahmi Zam zam B. Md. Ishak

T.Bendahari : Nabilah Bt. Mazelan

Ajk Penerbitan : 1) Abdul Rahman B. Abd. Kodir

2) Nurul Syafiqah Bt. Amir Ramli

Ajk Perhubungan : 1) Mohd Shauqi B. Elias

2) Atiqah Bt. Abul Mansor

Ajk Kebajikan : 1) Akrimah B. Dzahir

2) Naqibah Bt. Solahuddin


Kini,Persatuan Tingkatan Enam terus bergerak maju dan berusaha menggembleng tenaga memajukan generasi pelajar ke mercu kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat..

**********

Ajk Lama


Ajk Baru

Read more...

Selamat menempuhi Ujian Syafawi (ujian Lisan)

>> Monday, July 13, 2009

Kepada sahabat-sahabat,Selamat menempuhi Ujian Syafawi (ujian Lisan) pada 13.7.2009.

Debaran pasti terasa buat sahabat-sahabat.So untuk hilangkan rasa gementar tu, jom ikut tips untuk tenangkan hati di bawah :

  1. Mulakan sesuatu secara perlahan-lahan. Apabila ingin ke mana-mana, lebih baik mulakan 10 minit lebih awal. Jangan tunggu hingga saat akhir. Dengan cara ini anda tidak akan tergesa-gesa dan dapat mengurangkan tekanan.
  2. Lakukan aktiviti berkebun. Sesetengah pengamal percaya bahawa pohon-pohonan dapat mengurangkan kekuatan jiwa, yang merupakan satu langkah untuk mencapai kegembiraan. Warna hijau dapat menenangkan jiwa dan mata.
  3. Beri diri sendiri masa bertenang. Anda tidak boleh mengembirakan semua orang, dan tidak mengapa jika anda membuat salah. Jangan terlalu kesal jika terbuat kesilapan, kerana belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lebih sempurna.
  4. Haiwan peliharaan. Kucing, arnab, ikan atau burung. Anda boleh berbicara dengan haiwan perliharaan anda, dengan ini anda dapat meluahkan segala masalah anda. Jangan pelihara Cik TI sudah la, takut-takut masalah semakin besar.
  5. Cari hobi. Lakukan sesuatu yang anda suka seperti menjahit, mengait, memasak atau membaca. Hobi ini dapat meningkatkan keyakinan anda. Di samping itu, ia juga dapat mengembirakan hati anda.
  6. Buat senarai. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan setiap hari, terutamanya jika anda jenis pelupa atau mahu lebih tersusun. Tetapkan keutamaannya, dan perlu ada disiplin.
  7. Membaca. Membaca dapat menjana pemikiran supaya lebih matang dan meluas.
  8. Bermain. Apabila rasa terekan, ambil masa rehat dan kembalilah ke zaman kanak-kanak.
  9. Minta bantuan. Jika rasa terlalu tertekan, dapatkan bantuan. Jangan takut untuk meminta bantuan. Luahkan pada keluarga atau sahabat yang anda percaya.
  10. Menolong orang. Dengan membantu orang lain, anda akan merasa puas hati, dengan ini anda akan dapt mengurangkan tekanan dalam hidup anda.
  11. Jangan abaikan perasaan negative anda. Jika rasa ingin menangis, terus keluarkan, dengan itu masalah itu akan mengalir bersama-sama dengan air mata itu.
  12. Senyuman. Jika anda berpura-pura gembira dengan memaksa diri mengorak senyuman atau ketawa, badan akan memberikan reaksi dengan kurang mengeluarkan hormone stress. Kalau tak percaya, cuba..sangat berkesan.
  13. Hargai diri sendiri. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Setiap orang ada kelebihan tersendiri. Ambil masa sejenak, fikirkan kelebihan anda, anda juga boleh meminta bantuan sahabat anda untuk mengenalpasti kelebihan diri anda.
  14. Baca al-Quran. Baca lah dengan mulut yang benar-benar membaca, mata yang benar-benar melihat, hati yang benar-benar menghayati, anda akan merasakan satu ketenangan yang luar biasa. Motivasi dari Ilahi.
  15. Zikir. Redakan rasa kacau anda dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah, dan allahuakbar.
  16. Solat. Solat merupakan satu tempat pertemuan antara hamba dengan Tuhannya. Solat juga hadiah istimewa dari Rasul kita untuk umatnya. Selesai solat, berdoalah, pohonlah dari Allah supaya diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masalah itu.

Tidak susah untuk dapatkan jiwa yang tenang selagi kita percaya ada Allah yang melindungi dan memelihara kita. Masalah kebanyakkan kita, kerana kita rasa kita mahi melakukan semuanya, mahu menjad super dan hebat di mata orang lain. Allah berfirman dalam surah At-Taubah 128-129 yang bermaksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

129. kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."


***********************************

Gelagat sahabat-sahabat minggu sebelum syafawi...

Alhamdulillah,mengapai sungguh akh nie..Khusyuknyeee..

Masyallah..mengapai sungguhmu nie ya..Nampak gaya muntaz nie..

Apabila guru berkata : "Kamu semua buat kerja sendiri...Maka inilah jadinya..Macam2 ada.huhu..Maaf gurau ja..


p/s: kepada sahabat dan ana juga,semoga mumtaz milik kita bersama..Insyallah...Jawab Syafawi nanti..Tenang ja..Jangan cepat gelabah atau melatah....


Read more...

sAMBUTAN IDUL ILMI MMPS BERJALAN LANCAR

Langgar,08 Julai (Rabu) – Maktab Mahmud Pokok Sena telah mengadakan Majlis Sambutan Idul Ilmi kali ke-6.Majlis tersebut diadakan untuk meraihkan para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.Antara tetamu VVIP yang hadir Tuan Syeikh Ismi Anuar bt.Abd. Halim,Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah, Ustazah Rokiah,Pihak Lembaga Maktab Mahmud,pengetua-pengetua maktab Mahmud Negeri Kedah dan wakil-wakil pengetua Maktab Mahmud .
Waris mengambil tempat di dewan pada jam 8 pagi.Sementara menunggu majlis bermula.Para tetamu disajikan dengan tayangan slide tentang sekolah Maktab Mahmud Pokok Sena yang disediakan oleh Unit Multimedia.Majlis bermula pada jam 9 pagi setelah Tuan Syeikh Ismi tiba sebagai tetamu serta sebagai perasmi untuk majlis tersebut.Majlis tersebut diberkati lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari Adik Firdaus Bin Muhammad;saudara Firdaus merupakan salah seorang peserta Majlis Tilawah al-Quran peringkat Maktab Mahmud Negeri Kedah dan saudara Firdaus mendapat tempat yang ke-3.
Majlis yang dipengacarakan oleh dua orang guru iaitu Ustaz Mohaizam sebagai pengacara Bahasa Malaysia dan diselingkan dengan pengacara Bahasa Arab oleh Ustaz Abd. Halim diteruskan lagi dengan ucapan dari tuan rumah yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena, Ustaz Shafie B, Ismail.
Setelah selesai ucapan tuan pengetua,majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Syeikh Ismi..Kemudian majlis diceriakan lagi dengan persembahan Maulid yang diketuai oleh Saudara Muhd Zulfami Zamzam,6C.Seterusnya,upacara penyampaian hadiah-hadiah kepada para pelajar.Majlis selesai pada jam 11.30 pagi dan para tetamu serta waris bersurai.


p/s : Admin blog Pt6 mengucapkan setinggi tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang belum berjaya,jangan risau kejayaan pasti menjadi milik kamu semua..Dan tahniah sangat buat sahabat yang menerima anugerah “Jasamu Dikenang”.Ingat jasa anda semua dikenang walau baru setahun berada di bumi MMPS yang tercinta.(hehe).Dan terima kasih buat sahabat-sahabat (ahli PT6) yang sanggup bersusah payah untuk majlis tersebut walau ada yang sudah cuti awal.(hehe).Terima kasih buat Saudara Abd. Rahman dan Mohd Amin yang berusaha menyiapkan slide untuk tayangan pada Majlis Idul Ilmi.Dan tidak lupa jugak untuk semua para guru pendidik kami yang paling banyak bertungkus lumus untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.Dan terima kasih juga kepada semua para pengawas yang turut membantu pada hari tersebut. “Semoga kerja anda semua di rahmati dan diberkati oleh Allah..amiiinn……….


****************

















Read more...

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP