MUTIARA KATA HARI INI-->

Ustazah NAwal al-Jarumiyah dalam kenangan

>> Thursday, July 9, 2009

“Tak kenal maka tak cinta” itulah ungkapan yang sering diungkap setiap kali sesi pengenalan dijalankan atau di mana-mana situasi yang berkehendak kepada pengenalan diri seseorang…Maka entry kali ingin menceritakan sedikit sebanyak personaliti seorang guru yang begitu berketerampilan.

Tokoh bertuah tersebut adalah Puan Pengetua MMPS iaitu Nawal Binti Hj Nawawi.Mula mendapat pendidikan agama dari ibu bapa beliau..Beliau cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga golongan alim ulama (Syeikh Idris al-Jarumi al-Hadhrami;seorang tokoh ulama yang begitu berpengaruh di Kedah pada suatu ketika dahulu) yang memang sudah pasti didikan agama diberi secukupnya..Selepas itu,beliau mula mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Rendah Tunku Raudhah dan kemudian menyambung pelajaran beliau ke peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar sehingga Syahadah.Beliau sekali lagi membuktikan kebolehan dan kepandaian anugerah Ilahi kepada beliau dalam bidang pendidikan dengan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Mesir negeri yang penuh barakah pada tahun 1987 sehinggalah sempat menghabiskan pengajian beliau di sana pada tahun 1991 dalam bidang Usul Wal Fiqh

Pada 1993,beliau telah mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan iaitu Syeikh Yusuf bin Ahmad.Hasil perkongsian hidup beliau bersama suami tercinta,mereka telah dikurniakan tujuh orang permata; dua orang puteri dan lima orang putera..

Karier beliau bermula pada tahun 1994 di Maktab Mahmud Alor Setar.Pada tahun 1995,beliau dipilih untuk mengikuti Diploma Pendidikan di bawah Lembaga Maktab Mahmud di Universiti Islam Antarabangsa ( UIA ) selama setahun.Setelah itu,beliau mengajar di Maktab Mahmud secara rasmi pada tahun 1996.Mungkin konsep “hijrahul makan” sesuai di sinonimkan dengan beliau kerana beliau sering “berpindah randah” dalam menyampaikan ilmu yang penuh didada apabila pada tahun 1999 beliau dipindah ke Maktab Mahmud Langkawi sehingga tahun 2001.Pada tahun 2002 ,beliau sekali lagi mengajar di Maktab Mahmud Alor Setar..Namun bumi Ma’hadi Alor Setar yang dicintainya menemui satu takdir kepada beliau iaitu “perpisahan” kerana beliau dihantar oleh pihak Lembaga Maktab Mahmud ke Maktab Mahmud Pokok Sena pada tahun 2009.Namun kehadiran beliau di bumi bertuah ini, bukan lagi platform seorang guru biasa tetapi sebagai pengetua sehingga sekarang..

Apabila ditanya tentang prinsip,dengan tegas beliau menyatakan bahawa prinsip yang dipegang adalah “continuity and change” (kesinambungan dan perubahan)..Bagi beliau tugas beliau adalah memastikan perkara atau aktiviti yang baik dan bermanfaat itu berkesinambungan dan berterusan dan jika didapati ada “lopak” atau “lubang” di mana-mana inovatif dan inovasi yang telah disusun maka perlu dilakukan pembaikian atau servis pada yang kurang..

p/s : Untuk makluman pengunjung blog PT6,Ustazah Nawal sudah pun pindah ke Mesir mengikut suaminya yang berkhidmat disana ..Sekarang tempat beliau telah diganti oleh al-Fadhil Ustaz Shafie B. Ismail..

***************************

Gambar-gambar terakhir beliau di bumi MMPS yang tercinta.

Renungan terakhir


Senyumanmu sentiasa di sanubari kami
"Ya Allah,Rahmatilah anak-anakku di MMPS"
Hadiah dari anak didikmu buatmu

Langkah terakhirmu dalam dewan ini

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP