MUTIARA KATA HARI INI-->

"Sambutan Muhadharoh"

>> Sunday, June 28, 2009

Alhamdulillah,selesai sudah program Muhadharoh anjuran bersama Pertinam dan Guru-guru Persatuan pada 7 Mei 2009(Khamis)..Majlis tersebut merupakan program yang julung-julung kali PERTINAM handle..Dalam program tersebut ,beberapa pertandingan telah dipertandingkan diantaranya; Pidato,Hiwar,Khat,Kitabul Maqal,Terjermahan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah sambutannya cukup memberansangkan.Peserta melibatkan semua tingkatan.. Selain pertandingan tersebut, Pertinam juga mengambil inesatif mengadakan majlis perpisahan buat Puan Pengetua ( Ustazal NAwal) dan PK Hem ( Sir Azman)..Pegetua akan berpindah ke Mesir kerana mengikut suaminya Syeikh Yusuf yang akan bertugas di sana.Manakala Sir Azman pula ditukar ke Maktab Mahmud Alor Setar..Pilu,sedih sudah tentu menjadi santapan para pelajar MMPS pada hari tersebut.Walau hanya 3 bulan sempat bersama namun perpisahan tetap terasa kerana mesra hubungan yang dibina atas kasih saying guru dan pelajar menafikan singkat tempoh perkenalan tidak bermakna ia tidak terasa. Di sini saya seorang yang bukan pandai bermadah atau berceloteh jadi biarlah gambar-gambar yang bakal saya kongsi bersama dibawah menceritakan segala-galanya.Sebelum itu, saya selaku wakil Persatuan Ting. 6 ingin mngucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk program terutamanya, Ustaz Abdullah, Ustazah Aminah selaku guru pengelola Persatuan, Ustazah Rohaza, Saudara Mohd Amin selaku pengarah program,Saudari Adilah selaku Penolong pengarah program, ajk-ajk setiap unit pertandingan tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat atau ahli PERTINAM yang lain.Semoga semua dirahmati Allah selalu..


***********************************




Disediakan oleh :
Arni Syafira
Setiausaha PT6

0 comments:

  © Free Blogger Templates Skyblue by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP